Keusahawanan (Perusahaan Cendawan Tiram Kelabu) - Elediana Jekol - DPM (University College of Agroscience Malaysia - UCAM)
1.
SENARAI KANDUNGAN
BIL.
|
PERKARA
|
M/S
|
1.
|
SENARAI KANDUNGAN
|
1
|
2.
|
SEJARAH PERUSAHAAN TANAMAN CENDAWAN
2.1. Bilakah
encik memulakan penanaman cendawan ini?
2.2. Apakah
peranan keluarga encik sepanjang perjalanan mengusahakan tanaman cendawan
ini?
2.3. Apakah
jenis cendawan yang diusahakan?
2.4. Sepanjang
mengusahakan tanaman cendawan ini, pernahkah encik terfikir untuk berhenti
untuk mengusahakannya? Dan apakah yang mendorong encik untuk meneruskan usaha
tanaman cendawan ini?
|
2 - 3
|
3.
|
SOALAN PERTANIAN ASAS
3.1. Apakah
peranan/bahagian paling sukar yang encik lalui sepanjang mengusahakan tanaman
cendawan ini?
3.2. Bagaimana
encik mengawal perosak/penyakit yang menyerang cendawan?
a. Kulat Hijau
b. Kulat Hitam
c. Kulat Oren/Jingga
3.3. Berapakah
keuntungan yang diperolehi oleh encik sepanjang tahun?
3.4. Adakah
perusahaan ini satu-satunya sumber pandapatan encik?
|
4 - 6
|
4.
|
PERANAN AGENSI KERAJAAN DAN
AGENSI-AGENSI LAIN.
4.1. Apakah
bantuan yang diberikan oleh agensi kerajaan dan agensi-agensi lain dalam
membantu mengembangkan perusahaan ini?
|
7
|
5.
|
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN NASIHAT
KEPADA PENGUSAHA/USAHAWAN PERTANIAN BARU/MUDA.
5.1. Apakah
harapan/nasihat encik kepada pengusaha-pengusaha baru/muda dalam bidang
pertanian?
|
8
|
6.
|
LAMPIRAN
|
9 - 11
|
2.
SEJARAH PERUSAHAAN TANAMAN CENDAWAN.
2.1.
Bilakah encik memulakan penanaman cendawan ini?
Perusahaan Cendawan ini diusahakan oleh En.Mohd.
Syukor Bin Ahmad, 38, dan perusahaan ini juga dikenali sebagai Sinar Sukrawie
Enterprise yang ditubuhkan pada 2008 secara separuh masa. Beliau membuat
perusahaan cendawan ini untuk menambahkan pendapatan beliau. Beliau hanya
menubuhkan perusahaan ini secara kecil-kecilan.
Beliau memulakan perusahaan ini dengan modal RM20 000
pinjaman daripada Agro Bank melalui Skim MyAgroSis, dan permulaan pembinaan dua
rumah cendawan yang memuatkan 8 000 bongkah, di Ayer Molek, Melaka.
Disebabkan permintaan pelanggan yang tinggi beliau
berpindah dan membina beberapa lagi rumah cendawan di Melaka Pindah, Melaka
pada tahun 2012 dengan keluasan 0.4 hektar tanah. Pada masa ini, En. Mohd.
Syukor telah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Tadbir untuk memberikan sepenuh
perhatian beliau kepada perusahaan cendawan. Rumah cendawan yang baru dibina di
Melaka Pindah ini mampu menampung sebanyak 80 000 bongkah setiap satu rumah
bagi proses pemeraman selain terdapat
sebuah bilik inokulsi untuk menyejuk serta penyuntikan benih.
Pada tahun 2013, beliau berpindah ke Kampung Gadek,
Melaka untuk meluaskan lagi perusahaan beliau. Disini beliau turut menjalankan
latihan, khidmat nasihat, jualan bongkah, cendawan segar dan cendawan goring
tepung.
2.2.
Apakah peranan keluarga encik sepanjang perjalanan
mengusahakan tanaman cendawan ini?
Keluarga merupakan kekuatan beliau untuk meneruskan
perusahaan ini. Keluarga beliau banyak membantu dalam mengatasi masalah yang
berlaku. Sokongan dan dorongan keluarga menjadi kekuatan beliau untuk
meneruskan perusahaan ini. Selain itu, semasa ketiadaan beliau, keluarganya
akan membantu segala operasi kerja dan kerja pemantauan pekerja ditempat kerja.
2.3.
Apakah jenis cendawan yang diusahakan?
Beliau mengusahakan Cendawan Tiram Kelabu atau nama
saintifiknya iaitu Pleurotus sajor-caju
yang merupakan sejenis kulat yang boleh dimakan dan diusahakan dengan tujuan
komersial diseluruh dunia.
2.4.
Sepanjang mengusahakan tanaman cendawan ini, pernahkah
encik terfikir untuk berhenti untuk mengusahakannya? Dan apakah yang mendorong
encik untuk meneruskan usaha tanaman cendawan ini?
Ditanya sama ada beliau pernah terfikir untuk keluar/
berhenti daripada perusahaan cendawan ini, beliau berkata, “Saya pernah mengalami
kerugian kira-kira RM10 000 semasa mula menjalankan perusahaan ini, namun
dengan berkat sokongan ahli keluarga saya mampu bangkit semula dan bertahan
sehingga kini”.
3.
SOALAN PERTANIAN ASAS.
3.1.
Apakah peranan/bahagian paling sukar yang encik lalui
sepanjang mengusahakan tanaman cendawan ini?
Dalam pengusahaan cendawan ini, bahagian paling sukar
adalah pada peringkat pemeraman. Pada peringkat ini, cendawan berpotensi untuk
diserang pelbagai penyakit dan perosak. Pemantauan yang tidak efisen akan
menyebabkan kerugian yang besar.
3.2.
Bagaimana encik mengawal perosak/penyakit yang
menyerang cendawan?
Berikut merupakan kulat yang perlu diambil berat dan
perlu ditangani dengan segera agar tidak mendapat kerugian yang tinggi :
a.
Kulat Hijau
Kulat hijau disebabkan oleh Trichoderma spp yang akan mengeluarkan spora hijau dibahagian atas
bungkusan pada media tanaman. Serangan ini lazimnya berlaku sekitar 10-15 hari
selepas benih disuntik. Spora yang berwarna hijau keluar dengan lebih jelas
pada 2-3 kali selepas memetic hasil dan akan terus rosak. Penyakit ini
memerlukan kawalan peringkat awal. Cara mengawalnya pula, dengan mengeluarkan
dan memusnahkan dengan cara membakar dikawasan yang jauh daripada rumah
cendawan.
b.
Kulat Hitam
Serangan masalah ini disebabkan oleh jenis kulat lain
yang dikenali dengan nama Coprinus spp.
Serangan kulat ini akan menyebabkan bongkah cendawan akan mengeluarkan jana
buah terdahulu sebelum cendawan. Ia dikenali dengan kelihatan tangkai jana
panjang seperti paying berwarna kelabu kehitaman dan akhirnya ia akan
mengeluarkan cecair seperti dakwat. Walaupun serangan kulat tidak terlalu
menjejaskan hasil cendawan, namun ia akan menyebabkan kontimasi dan kualiti
cendawan dihasilkan boleh berkurangan. Cara kawalan yang perlu dilakukan dengan
membuang bongkah yang terkena serangan dengan menggunakan EM dan sanitasi rumah
cendawan.
c.
Kulat Oren/Jingga
Kulat oren/jingga disebabkan oleh kulat yang dikenali
sebagai Neuspora spp (Fire Mould)
yang dapat dikenali dengan warna jingga dipangkal penutup bongkah cendawan.
Lazimnya, serangan ini akan berlaku paling awal iaitu 3-4 hari selepas
disuntik. Tanda serangan dimana spora berwarna jingga akan keluar dan berbau
busuk. Penyakit ini dikawal dengan mengeluarkan bongkah yang telah diserang dan
perlu dimusnahkan dengan segera. Kegagalan pengusaha untuk mengawal penyakit
ini akan menyebabkan kerugian yang besar, kerana penyakit kulat jingga akan
menyerang bongkah yang lain dengan cepat.
3.3.
Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh encik
sepanjang tahun?
Ditanyakan keuntungan yang diperolehi setiap tahun,
beliau menjelaskan pendapatan sebulan adalah diantara RM25 000 hingga RM27 000
sebulan, maka keuntungan dalam setahun mencecah RM300 000 sehingga RM324 000
dalam setahun. Secara purata setiap bongkah boleh mengeluarkan 250 hingga 300
gram setiap tuaian daripada 1 000 bongkah dalam sehari. Cendawan ini akan
bercambah 2 – 3 kali dalam sehari sekiranya terdedah kepada udara.
Harga bagi cendawan segar amat berpatutan iaitu RM8
untuk harga borong, manakala RM10 – RM12 untuk harga runcit.
3.4.
Adakah perusahaan ini satu-satunya sumber pandapatan
encik?
Selain menjual cendawan segar kepada pengguna, beliau
juga turut menjual bongkah cendawan dengan harga RM1.50 bagi bongkah suku
matang, RM1.80 bagi bongkah yang sudah separuh matang dan bagi bongkah yang
sudah matang akan dijual dengan harga RM3.00 satu bongkah. Untuk pengusaha yang
baru memulakan perusahaan cendawan ini akan mendapatkannya daripada En. Mohd.
Syukor, di perusahaan beliau iaitu Sinar Syukrawie Enterprise. Bagi bongkah
yang rosak atau diserang penyakit, beliau akan menukarnya dengan bongkah yang
baru secara percuma. Bagi beliau dengan cara ini akan dapat menarik lebih ramai
pengusaha untuk membeli bongkah cendawan daripada beliau, kerana beliau amat
mengambil berat perjalanan usahawan yang baru ingin memulakan perusahaan ini.
Selain itu, beliau juga akan mengadakan latihan
usahawan cendawan dengan bayaran RM150 seorang, dan latihan tersebut akan
diadakan dalam sehari. Beliau akan sentiasa memantau usahawan cendawan yang
baru dan memberikan khidmat nasihat dari awal perusahaan sehingga usahawan
tersebut mampu berdikari untuk mengendalikan sendiri perusahaan cendawannya.
Selain daripada menjual bongkah cendawan dan latihan,
En. Mohd. Syukor juga menjual cendawan goreng tepung dan diedarkan kesemua kedai-kedai
runcit di sekitar negeri Melaka ini.
4.
PERANAN AGENSI KERAJAAN DAN AGENSI-AGENSI LAIN.
4.1.
Apakah bantuan yang diberikan oleh agensi kerajaan dan
agensi-agensi lain dalam membantu mengembangkan perusahaan ini?
Beliau juga turut menyertai Cabaran Perniagaan Luar
Bandar (RBC) anjuran Kementerian Kemenajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada
2013. Dengan usaha dan kebolehan yang dimiliki, beliau berjaya menghasilkan
kertas kerja mengenai hala tuju perniagaan dalam tempoh tiga tahun dan akhirnya
menerima penilaian daripada Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani untuk melihat perusahaan cendawannya. Menerusi kemampuannya itu En. Mohd.
Syukor dipilih sebagai penerima Anugerah Jaya RBC dengan menerima geran
pembangunan berjumlah RM 750,000 pada 26 September 2013.
Kerajaan juga berperanan penting dalam mengembangkan
perusahaan cendawan ini terutamanya pihak Jabatan Pertanian dengan menaiktaraf
jalan masuk ke kawasan perusahaan beliau di Kampung Gadek. Selain itu, pihak
Jabatan Pertanian juga berusaha untuk memberikan bantuan membina stor mini,
satu rumah cendawan dan rumah penginapan untuk pekerja tinggal (lelaki sahaja).
Beliau amat berterima kasih dengan bantuan yang telah diberikan oleh Jabatan
Pertanian, dengan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan,
beliau dapat merasakan bahawa agensi ini mempercayai beliau untuk meneruskan
perusahaan beliau.
Tambahan pula, beliau juga banyak memberikan ceramah
tentang usahawan terutamanya mengenai cara penjagaan cendawan ini. Banyak
agensi kerajaan seperti FAMA, Jabatan Pertanian dan MARDI menjemput beliau
memberikan ceramah dan berkongsi pengalaman sepanjang menjadi usahawan
cendawan.
5.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN NASIHAT KEPADA
PENGUSAHA/USAHAWAN PERTANIAN BARU/MUDA.
5.1.
Apakah harapan/nasihat encik kepada pengusaha-pengusaha
baru/muda dalam bidang pertanian?
Beliau berharap agar petani atau pengusaha yang
baru/muda agar sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya terhadap perusahaan yang
ingin dijalankan. Tidak kiralah samada ianya bersifat sementara, sampingan
ataupun sepenuh masa. Sekiranya sesuatu perusahaan itu diminati dan ingin
mengkomersialkan ke mana-mana pasaraya, komitmen yang sepenuhnya harus ada
dalam diri. Janganlah menjadikan kesibukan bekerja menjadi punca pengusaha
baru/muda hilang minat terhadap sesuatu bidang yang dijalankan.
Dalam keusahawanan jatuh dan naik itu sudah menjadi
lumrah dunia. Kita bermula dari bawah, suatu hari nanti kita akan naik ke atas
dengan usaha dan titik peluh sendiri. Nasihat En. Mohd. Syukor kepada pengusaha
pertanian baru/muda, jangan mudah berputus asa. Doa dan sokongan ahli keluarga
sentiasa ada untuk kita. Tunjukkan usaha bersungguh-sungguh dan berdoa kepada
Allah S.W.T, agar semua dipermudahkan.
Comments
Post a Comment