Tokoh Perjuangan Kemerdekaan
PENGAJIAN
MALAYSIA 2 (MPU 2163)
TOKOH
PERJUANGAN KEMERDEKAAN
(ALMARHUM
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID SHAH)
DISIAPKAN
OLEH :
DISEDIAKAN
UNTUK :
ISI KANDUNGAN
BIL.
|
PERKARA
|
M/SURAT
|
1.
|
Senarai
Kandungan
|
1
|
2.
|
Pendahuluan
|
2
|
3.
|
Perbincangan/
Huraian
2.1.
Biodata Almarhum Tunku Abdul Rahman
2.2.
Latar Belakang Keluarga
2.3.
Latar Belakang Pendidikan
2.4.
Latar Organisasi Tunku Abdul Rahman
2.5.
Keistimewaan Tunku Abdul Rahman
2.6.
Permulaan Sebagai Tokoh Negara
2.7.
Sumbangan Yang Telah Diberikan
2.7.1.
Kemerdekaan
2.7.2.
Perpaduan
2.7.3.
Keamanan Negara
2.7.4.
Perhubungan Antarabangsa
2.7.5.
Saat-saat Akhir
|
3 – 12
|
4.
|
Rumusan
|
13
|
5.
|
Senarai
Rujukan/ Bibliografi
|
14
|
6.
|
Lampiran
|
15 - 19
|
- PENDAHULUAN
Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang pemimpin yang digeruni oleh rakyat Malaysia
ketika zaman pemerintahannya dahulu, kini dan selamanya. Beliau telah meninggalkan
satu nostalgia buat rakyat Malaysia khususnya dalam pengorbanan beliau sebagai
seorang yang memperjuangkan kemerdekaan agar rakyatnya merasai keamanan yang tidak
berbelah bahagi lagi. Beliau adalah seorang tokoh yang sangat berjasa bukan
sahaja kepada rakyatnya malah juga buat bangsa dan negara. Pengorbanan beliau
kepada Negara telah menyebabkan beliau sehingga kini digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”.
Kecerdikan
beliau dalam menangani segala masalah rakyat dan negara telah menyebabkan
akhirnya Tanah Melayu yang dahulu dijajah oleh beberapa kuasa asing bermula tahun
1511 sehingga 1957 iaitu selama 446 tahun yang merupakan suatu tempoh yang agak
lama negara kita dijajah. Dalam tempoh ini rakyat Tanah Melayu dikatakan hidup
dalam suasana yang “terkongkong”
oleh kuasa asing yang sentiasa mengawal segala gerak-geri rakyat serta mengaut
kekayaan Tanah Melayu dan dihantar ke negara asal mereka untuk dibangunkan.
Sedangkan, orang-orang di Tanah Melayu sendiri yang berusaha mencari hasil kekayaan
bahan mentah tersebut.
Walau
bagaimanapun, akhirnya Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan
tanpa sebarang pertumpahan darah pada 31 Ogos 1957. Ini kerana bagi beliau
untuk mencapai kemerdekaan dan keamanan tidak perlu dengan kekerasan tetapi
cukup dengan perundingan dan perbincangan. Melalui prinsip beliau, akhirnya
Tunku Berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan dapat menyatukan semua kaum di
Malaysia yang terdiri dari tiga kaum utama iaitu Melayu, China dan India serta
lain-lain bangsa.
- PERBINCANGAN/
HURAIAN
2.1.
BIODATA ALMARHUM TUNKU ABDUL RAHMAN

Nama :
·
Tunku Abdul Rahman
Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Lahir :
·
08 Februari 1903,
di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).
Pendidikan :
·
1911 - Maktab
Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
·
1916 - Penang Free
School, Penang.
·
1925 - Lulus B.A.
dari University Cambridge.
·
1945 - Lulus LLB,
dari Inner Temple, London.
Kerjaya :
·
1946 - Bertugas
dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai
Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden
Mahkamah Session Selangor.
·
1951 - Dilantik
Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
·
1956 - Rombongan
Merdeka ke London.
·
1957 - Merdeka.
Perdana Menteri Pertama.
·
1962 - Rombongan
ke London - Gagasan Malaysia.
·
1963 - Gagasan
Malaysia - 16.09.1963.
·
1970 - Bersara
dari Politik.
·
06 Disember 1990
Tunku kembali ke rahmatullah. seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum.
Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah
disemadikan di Makam Di Raja Langgar.
2.2.
LATAR BELAKANG KELUARGA
Nama sebenar Tunku adalah Tengku Abdul Rahman Putera ibni
Abdul Hamid Halim Shah atau nama gelaran beliau adalah Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj. Beliau dilahirkan dengan berdarah keturunan raja iaitu pada 8 Februari
1903 dan beliau meninggal pada 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur. Beliau
merupakan Ketua Menteri Tanah Melayu dari tahun 1955 dan juga Perdana Menteri
pertama sejak Negara mencapai kemerdekaan tahun 1957 sehingga perletakan
jawatan beliau pada tahun 1970. Pada tahun 1963 beliau telah menunjukkan
keupayaannya dalam pembentukan Malaysia. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai “Bapa
Kemerdekaan” tetapi juga sebagai “Bapa Malaysia”.
Tunku dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar,
Kedah yang juga dikenali sebagai Istana Pelamin. Beliau merupakan anak yang
ke-7 serta anak yang ke ke-20 kepada Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
iaitu Sultan yang Ke-24 negeri Kedah. Bondanya dikenali sebagai Cik Menyalara
yang berketurunan Siam dan Burmanamun telah menukarkan namanya setelah memeluk
Islam kepada Sharifah Fatimah,seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak
berdarah gahara iaitu anak perempuan Luang Naraborirak (kleb) seorang pegawai
daerah Thailand. Tunku dilahirkan atau disambut dalam keadaan biasa sahaja
kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.
Pengganti Sultan Kedah ialah Sultan Badlishah ibni Sultan
Abdul Hamid Halim Shah yang telah berumur 30 tahun pada masa itu. Ketika kecil,
Tunku dipanggil dengan panggilan Awang kerana rupa parasnya tidak sesegak
adik-beradiknya yang lain. Beliau juga bebas bermain-main di luar istana
bersama-sama orang kampung. Pada tahun 1933, Tunku telah berkahwin dengan
seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di
Alor Setar bernama Mariam. Beliau mendapat dua orang cahaya mata hasil dari
perkahwinan tersebut iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Tahun
1934 Mariam telah meninggal dunia kerana menghadapi penyakit malaria di Kuala
Nerang, Kedah. Setelah itu, Tunku telah mengahwini Violet Coulson iaitu bekas
tuan rumahnya di England. Oleh kerana kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin
dengan wanita Inggeris atas peristiwa penipuan di Pulau Pinang oleh Kapten
Francis Light iaitu seorang Inggeris, Tunku dititahkan menceraikan Violet.
Kemuadiannya Tunku berkahwin pula dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah
seorang rakan sekuliahnya sewaktu di England yang berketurunan Arab.
Perkahwinan mereka direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di
Kedah. Namun begitu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Oleh sebab itu,
mereka mengambil 3 orang anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam.
Selain itu, Tunku juga telah berkahwin secara rahsia
dengan wanita berbangsa Cina pada tahun 1963 dan mendapat dua orang cahaya mata
yang diberi nama Tunku Noor hayati dan Tunku Mastura.
2.3.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Tunku
Abdul Rahman memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Melayu Jalan
Baharu,Alor Setar pada tahun 1909. Beliau biasanya berbahasa siam di rumah dan
berbahasa melayu di sekolah. Tunku Abdul Rahman kemudiannya berpindah pula ke
sekolah kerajaan Bahasa Inggeris yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.
Sewaktu beliau belajar di sini, pada waktu siangnya bersekolah dan membaca
Al-Quran pada waktu petang.Tahun 1913 sewaktu beliau berumur 10 tahun, Tunku
telah dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul
Hamid Halim Shah iaitu abang sulungnya dan belajar di sekolah Thebsiritrawat (Debsirindir
School). Tahun 1916 iaitu beliau berumur 13 tahun pula, Tunku pulang dan
meneruskan pendidikannya di Penang Free School.
Pada
tahun 1919 iaitu ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah
untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St. Catharine di University Cabridge.
Beliau sebenarnya merupakan penuntut pertama yang menerima pendidikan di bawah
tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Sewaktu berada di sana Tunku tidak dibenarkan
tinggal di asrama kerana dasar apartheid (kulit berwarna) masih diamalkan.
Beliau membantah kepada William Peel, iaitu penasihat British kepada Kedah.
Sewaktu beliau berada di sana, beliau tiada sepasang pun baju melayu yang
dibawa. Tunku amat berlainan dengan sultan Perak yang berbaju Melayu siap
dengan tengkolok.
Pada
mulanya Tunku mengambil jurusan Undang-Undang bersama rakannya tetapi telah
menukarkan kepada jurusan Sastera (Sejarah). Beliau menamatkan ijazah B.A
Sastera tahun 1925 ketika berumur 22 tahun. Namun, pada tahun 1927 beliau kembali
ke England untuk menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang di Inner
Temple, England dan telah lulus semester pertama ketika berumur 27 tahun pada
tahun 1930.
Pada
tahun 1938 beliau ke England semula tetapi malangnya telah berlaku Perang Dunia
Kedua menyebabkan beliau terpaksa balik ke Kedah. Demi menyempurnakan hasratnya
untuk menjadi peguam maka pada tahun 1949 beliau sekali lagi ke England bagi
melanjutkan pelajarannya dalam Pengajian Undang-undang di Cambridge University
dan tamat pada tahun 1950. Apabila pulang ke tanah air, beliau telah bertugas
sebagai Pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun
1931, dan pada tahun berikutnya beliau telah dilantik sebagai Pegawai Jajahan
di Kuala Nerang.
Pada
19 Disember 1941, Jepun mengiktiraf Tunku sebagai Sultan Kedah tetapi
pentadbirannya di bawah Gabenor dan Tentera Jepun. Walau bagaimanapun, pada
tahun 1943 ayahnda Tunku iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah meninggal
dunia.
2.4.
LATAR ORGANISASI TUNKU ABDUL RAHMAN
Tunku merupakan seorang pemimpin
yang disegani oleh rakyat kerana sifat beliau yang sentiasa ingin memahami dan
menghayati hati rakyat jelata dan beliau juga dipanggil sebagai “pembela nasib
rakyat”. Ketika Zaman Pendudukan Jepun, Tunku berkesempatan membela nasib
rakyat dalam permasalahan pelajaran rakyatnya tidak kira bangsa, bahasa
dan kepercayaan mereka kerana beliau telah dilantik sebagai Penyelia Pelajaran
negeri Kedah.
Pada tahun 1931, Tunku telah
berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-undang Kedah,
kemudiannya beliau bekerja di Kulim sebagai Penolong Pegawai Jajahan. Setelah
itu, beliau bertugas pula di Sungai Petani sebagai Pegawai Jajahan dan
bertindak sebagai hakim daerah itu serta Lembaga Kebersihan Sungai Petani
dalam tahun 1937.
Ketika tahun 1940 pula, Tunku menjadi
Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Selain itu, ketika
Kongres Melayu Semalaya pada tahun 1946 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman,
Tunku telah hadir sebagai wakil Kesatuan Melayu Kedah. Pada tahun 1949, Tunku
ditugaskan untuk bekerja di sebuah Pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Setar
kemudian beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya di Kuala Lumpur.
Selepas itu Tunku dilantik pula
sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada ketika itu semangat nasionalisme
semakin hebat dalam kalangan kaum Melayu
semasa penubuhan Malayan Union sehingga memaksa Datuk Onn Jaafar meletakkan
jawatannya dalam UMNO (United Malays National Organisation). Tunku pula
dilantik menjadi Pengerusi UMNO negeri Kedah, seterusnya Tunku menggantikan
Dato Onn Jaafar apabila beliau meletak jawatannya sebagai Pengerusi UMNO pada 26 Ogos 1951.
Tunku
sentiasa mementingkan keamanan dan kesederhanaan dalam segala
tindakan beliau, semasa zaman pemerintahannya beliau telah mengadakan sebuah
Perikatan bersama MCA (Malaysia Chinese Acssosiation) pada tahun 1952 yang
majoritinya terdiri daripada kaum Cina dan pada tahun 1955 pula Perikatan mula
bergabung dengan MIC (Malaysia Indian Congress) iaitu terdiri daripada kaum
India. Perikatan ini telah dianggap sebagai suatu langkah yang mempunyai keistimewaannya
tersendiri, apabila 3 kaum majoriti Tanah Melayu bergabung dalam mencapai
kemerdekaan ketika itu dan Parti Perikatan telah menunjukkan kehebatannya
kerana telah menang majoroti dalam pilihanraya ketika itu.
2.5.
KEISTIMEWAAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Seorang pemimpin yang sejati seharusnya memiliki akhlak
yang mulia, budi pekerti yang baik, dihormati dan segani oleh kawan dan juga
lawan serta memiliki pemikiran yang jernih, jauh memandang ke hadapan. Kesemua
ini dilalui oleh seseorang pemimpin melalui proses pemupukan dari keluarga,
alam persekolahan, kerjaya dan rakyat jelata yang dijadikan teman diperingkat
akar umbi. Tunku mempunyai keistimewaan seperti yang dinyatakan selain sebagai
seorang pemimpin yang berjiwa rakyat atas kesanggupan beliau menyuarakan bantahan
terhadap Malayan Union dan telah menghadiri perjumpaan-perjumpaan untuk
menentang Malayan Union di Alor Setar, Kedah. Tunku juga bersifat maha guru
yakni menjadi guru yang memberi tunjuk ajar kepada sahabat dan generasi muda
tentang nilai dan makna erti kehidupan.
Selain itu, walaupun Tunku banyak mengamalkan dasar
pro-barat dalam pemerintahannya namun, Tunku juga sangat menitikberatkan soal
keislaman dan menjaga hal kebajikan rakyatnya melalui penglibatan Tunku dalam
sosialnya iaitu Tunku telah menubuhkan badan atau agensi seperti Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) iaitu sebuah pertubuhan atau badan yang
bertujuan untuk mendakwahkan Islam kepada orang-orang bukan Islam terutamanya
Cina, India, dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Disini dapat dilihat bahawa
Tunku sebenarnya mempercayai secara bersungguh-sungguh bahawa agama Islam atau
lain-lain agama adalah milik individu, dan beliau tidak mahu memasukkan agama
Islam sebagai pencaturan urus tadbir negara.
Selain daripada itu, sebagai seorang anak yang terdidik
dalam sistem persekolahan Inggeris, Tunku mempunyai pandangan dunia yang
terbuka dan kadang-kala bebas nilai. Ini bermaksud, Tunku lebih bercenderung
untuk melihat sesuatu dari kacamata sejagat dan bukannya dipengaruhi oleh
agama, budaya, dan dari sudut etnik Melayunya. Ini menyebabkan beliau disenangi
oleh semua lapisan rakyat yang berbilang kaum. Selain itu, sikap cintakan kedamaian
yang diterap dalam diri Tunku sejak kecil lagi menjadikan Tunku seorang yang dipercayai
oleh rakyat jelata atas tampuk pemerintahannya. Semangat cintakan kedamaian Tunku
dapat dilihat apabila beliau yang ketika itu sebagai Ketua Menteri telah
mewakili Kerajaan British dalam menghadiri Rundingan Baling pada tahun 1955
yang dianjurkan oleh pihak Parti Komunis Malaya. Semangat perpaduan yang ada
pada diri Tunku lain berbeza dengan orang lain kerana walaupun Tunku sangat
aktif dalam kerjayanya tetapi Tunku sanggup meninggalkan kerjayanya dan
menyahut harapan rakyat untuk beliau mengambil alih teraju kepimpinan dalam
UMNO setelah Dato‟ Onn Jaafar meletakkan jawatannya daripadaUMNO.
Oleh kerana Tunku dilahirkan dalam suasana yang sederhana
dan menjalani kehidupan yang sederhana walaupun beliau adalah berketurunan Raja
Kedah, menjadikan beliau seorang yang mudah memahami kesusahan orang lain dan
sangat prihatin terhadap apa segala musibah yang berlaku di dunia contohnya
beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika yang
ketika itu menjadi mangsa dalam perang saudara pada tahun 1991. Tunku juga
mempunyai kelebihan dari segi kesanggupan untuk bersama rakyat bagi
merealisasikan sebuah perjuangan serta mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi dalam diri beliau, ini dapat dilihat dari awal perjuangan Tunku dan
perjuangan Tunku bukan hanya sekadar di dalam parti, tetapi juga dalam bidang
penulisan, misalnya beliau pernah mengarang rencana dalam majalah Watan yang
diterbitkan di Alor Star pada tahun 1946. Melalui majalah tersebut Tunku telah
meniupkan semangat nosianalisme dalam kalangan orang Melayu. Semangat
nasionalisme Tunku tidak pernah luntur walaupun Tunku telah meletakkan
jawatannya dalam UMNO dan sebagai Perdana Menteri Malaysia, namun Tunku tetap
dengan penulisannya dan mempunyai ruangan mingguannya sendiri dalam akhbar The Star,
dan rencana-rencana beliau telah dibukukan di antaranya ialah “Peristiwa 13
Mei”, “Least We Forget”, “Baling Talk” dan lain-lain lagi.
Karya-karya Tunku telah dijadikan panduan dalam membina
jati diri dan kekuatan orang-orang Melayu bagi menangkis aliran-aliran kekirian
yang terdapat secara minima dalam masyarakat Melayu dan karya beliau juga merupakan
maklumat sumber primer kerana ditulis oleh orang yang menuntut kemerdekaan.
2.6.
PERMULAAN SEBAGAI TOKOH NEGARA
Sumbangan Tunku
Abdul Rahman Putra dalam penyatuan kaum dalam dilihat melalui cara diplomasi
yang digunakan oleh beliau sehingga tidak menyinggung perasaan antara kaum.
Sehubungan itu, melalui Parti Perikatan beliau telah berjaya membawa
kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan seterusnya menjadi Malaysia yang berjaya.
Seperti yang kita semua tahu, penyatuan merupakan asas penubuhan Malaysia
sehingga ke hari ini. Tunku Abdul Rahman telah bekerja keras untuk membebaskan
Negara dari cengkaman penjajah. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau telah
mendapatkan keyakinan pihak British dengan melantik beberapa orang tokoh di
kalangan masyarakat Cina dan India untuk turut sama mentadbir Negara.
Sebagai ketua,
Tunku Abdul Rahman perlu menjaga kebajikan semua rakyat. Beliau perlu
memastikan ketuanan masyarakat Melayu terjamin, disamping memastikan masyarakat
Cina dan India menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka.
Pada tahun 1951,
UMNO telah mengorak langkah dengan memasuki era baru apabila Tunku Abdul Rahman
Putra telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Dato’ Onn
Jaafar. Setelah perlantikan tersebut, Tunku telah berjanji akan berusaha untuk
memastikan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Pada tahun
1955, Perikatan telah menyuarakan kehendaknya pada Kolonial British untuk
mengadakan satu pilihanraya umum untuk membuktikan bahawa Malaya ketika itu
sudah bersedia untuk Merdeka. Usaha mereka membuahkan hasil di mana Perikatan
telah berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yg dipertandingkan. Setelah itu,
sebuah jemaah menteri atau kabinet telah ditubuhkan. Tunku juga terlibat dengan
Rundingan Baling yang melibatkn Tunku sendiri bagi pihak kerajaan dan Chin Peng
bagi pihak Parti Komunis Malaya (PKM). Pada 1963, Tunku juga memainkan peranan
penting dalam pembentukan MALAYSIA iaitu penyatuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura. Beliau juga menyarankan supaya sebuah pertubuhan
yang dipanggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia) diwujudkan bagi
membincangkan kerjasama antara tiga buah negara.
2.7.
SUMBANGAN YANG TELAH DIBERIKAN
2.7.1. Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman Putra telah mengetuai misi ke
London untuk berbincang dengan pihak kerajaan British berkenaan kemerdekaan
Tanah Melayu. Rombongan merdeka tersebut telah sampai ke London pada 14 Januari
1956. Tunku telah bekerja keras dengan mendapatkan sokongan dari semua kaum
bagi memberi keyakinan kepada pihak British. Usaha beliau tersebut telah
menampakkan hasil apabila beliau telah menandatangani perjanjian kemerdekaan di
Lancaster House, London pada 8 Februari 1956. Rentetan dari peristiwa itu,
Tanah Melayu telah berjaya mendapatkan kemerdekaan dari pihak British.
Pengisytiharan kemerdekaan telah dilaungkan di hadapan dua puluh ribu rakyat
Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-raja serta perwakilan dari tiga puluh negara
Komanwel dan negara-negara asing yang lain pada tarikh keramat 31 Ogos 1957 di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
2.7.2. Perpaduan
Di bawah kepimpinan Tunku, beliau
telah menjelajah seluruh pelusuk Negara untuk bertemu dengan rakyat bagi
membangkitkan kesedaran dan semangat perpaduan. Melalui usaha tersebut, beliau
telah mendapat sokongan dan kerjasama dari semua kaum. Ianya dapat dilihat
dengan wujudnya sebuah Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO dan MCA pada
1952. Perikatan telah memenangi pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur.
2.7.3. Keamanan
Negara
Dalam usaha Tunku Abdul Rahman
Putra untuk mencapai kemerdekaan, beliau sedar bahawa kemerdekaan Tanah Melayu
hanya dapat dicapai sekiranya darurat ditamatkan. Justeru itu, Tunku telah
melantik dirinya sendiri sebagai menteri Pertahanan dan Keselamatan Dalam
Negeri. Perkara utama yang menjadi tumpuan beliau pada masa itu adalah ingin
menamatkan tempoh darurat. Ini kerana beliau melihat hanya melalui kemerdekaan
sahaja yang dapat merealisasikannya.
Pada 24 Disember 1955, satu
perjumpaan telah diadakan dengan pihak PKM di Baling, Kedah. Perjumpaan
tersebut diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra sendiri dan juga disertai oleh
Tun Tan Cheng Lock selaku Presiden MCA dan David Marshall selaku Ketua Menteri
Singapura. Manakala pihak PKM diwakili Chin Peng sebagai ketua perwakilan,
Rashid Maidin dan Chen Tian. Tiga siri perjumpaan telah diadakan dalam masa dua
hari itu.
Semasa rundingan tersebut, satu
gencatan senjata telah diisytiharkan dan penarikan balik pasukan keselamatan
yang mengawal telah mengurangkan perasaan bimbang pihak komunis. Tunku Abdul
Rahman Putra menyatakan kesanggupan beliau bekerjasama sekiranya PKM menerima
syarat-syarat penyerahan diri dan turut serta dalam pergerakan politik dengan
cara perlembagaan. Tunku telah mencadangkan kepada Chin Peng supaya meletak
senjata. Rundingan telah ditamatkan pada 29 Disember 1955. Dalam rundingan itu,
Chin Peng bersetuju apabila sebuah kerajaan persekutuan dipilih sebagai
menerajui Tanah Melayu, PKM akan meletak senjata dan membubarkan PKM. Pada 8 Februari
1956, Tunku telah mengumumkan penarikan balik tawaran pengampunan. Pada 31
Julai 1960, Sultan Izzuddin Shah, iaitu Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan
tamatnya zaman darurat di Tanah Melayu.
2.7.4. Perhubungan
Antarabangsa
Dasar luar negara adalah penting
dalam usaha menjalinkan persahabatan dan kerjasama serantau dan negara-negara
luar.
Tunku Abdul Rahman Putra telah
memberi sumbangan yang baik kepada negara. Beliau telah mula mengamalkan piagam
Bangsa-bangsa Bersatu bagi memelihara keamanan dunia secara bersama. Kerjasama
antarabangsa amat penting untuk perkembangan ekonomi, pelancongan dan
kebudayaan. Beliau juga telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
berkecuali.
Antara kerjasama Malaysia dalam
pertubuhan serantau adalah seperti Persatuan Asia Tenggara (ASA), MAPHILINDO
(Malaysia, Filipina dan Indonesia), Association of Southeast Asian Nations
(ASEAN). Malaysia juga termasuk dalam negara-negara Komanwel, Pertubuhan
bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam dan Pertubuhan Negara-negara
Berkecuali.
Persatuan Asia Tenggara (ASA)
merupakan idea Tunku Abdul Rahman Putra. Idea tersebut telah dikemukakan kepada
Presiden Filipina yg pada masa itu iaitu Carlos P. Garcia dan akhirnya telah
ditubuhkan secara rasminya pada bulan Julai 1961 di Bangkok, Thailand. Objektif
penubuhan adalah untuk menjalin kerjasama dalam bidang perdagangan, pelajaran,
pertanian dan perusahaan.
Penyatuan Tanah Melayu, Sabah,
sarawak, Brunei dan Singapura untuk membentuk Malaysia telah mendapat tentangan
daripada Indonesia.bagi meredakan keadaan, Tunku telah mengadakan satu
mesyuarat di Manila, Filipina. Dengan itu, maka tertubuhnya sebuah pertubuhan
yang di panggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia).
ASEAN pula telah ditubuhkan
secara rasmi pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Antara negara-negara yang
menyertai ASEAN pada ketika itu adalah Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia
dan Thailand. Ianya bermatlamatkan pengembangan ekonomi, sosial dan kebudayaan
serantau. Malaysia juga menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
pada 17 September 1957 dan merupakan anggota WHO (Pertubuhan Kesihatan
Sedunia), ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa), UNESCO (Pertubuhan Pelajaran,
Sains & Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu), FAO (Pertubuhan Makanan dan
Pertanian) dan WB (Bank Dunia). Beliau juga telah mencadangkan penubuhan
Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan telah dilantik sebagai Setiausaha
Agung yang pertama bagi Pertubuhan tersebut.
2.7.5. Saat-Saat
Akhir
Pada usia 87 tahun, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan
Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Alor Setar.
Setibanya di Kedah, jenazah Allahyarham Tunku Abdul Rahman diberi penghormatan
terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar, sebelum dikebumikan di
Makam Diraja, Alor Setar. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar
dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia. AL-FATIHAH
3.
RUMUSAN
Tunku telah banyak menyumbangkan
jasa dan baktinya kepada negara sejak dari beliau berkhidmat dengan kerajaan
selepas mula-mula beliau tamat pengajiannya tahun 1931 sehinggalah ke akhir
hayat beliau tahun 1990. Walaupun beliau menamatkan tempoh pemerintahannya pada
tahun 1970, namun beliau masih lagi memperjuangkan bangsa negaranya melalui
hasil karyanya sehingga kini hasil karya beliau masih digunakan dan dijadikan
rujukan oleh sejarawan dan pengkaji-pengkaji negara.
Kejayaan Tunku dalam menebus
“kemerdekaan” dari jajahan Inggeris memang boleh dibanggakan kerana Tanah Melayu merupakan satu-satunya negara yang dapat
mencapai kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah. Sungguhpun beliau
bukanlah perintis kebangkitan politik Melayu dalam UMNO seperti Dato‟Onn dan
rakan-rakan seperjuangan UMNO (1946) namun, warisan parti yang diterajui Tunku
bukanlah sebuah lombong emas. Tunku seorang yang berjiwa rakyat telah sanggup
berkorban darjatnya sebagai anak raja untuk turun padang bersama-sama rakyatnya
bagi merealisasikan perjuangan UMNO.
Sungguhpun Tunku telah menerima
kritikan yang dasyat selepas peristiwa 13 Mei 1969 iaitu disebabkan pergaduhan
antara kaum Melayu dengan Cina sehingga Tunku meninggalkan jawatannya sebagai
Perdana Menteri namun, tiada sebab untuk kita menafikan beliau yang turut
sekian banyak jasa dan bakti yang sebahagian daripadanya telah menjadi khazanah
dan keagungan yang menjadi milik dan kebanggaan generasi hari ini.
4.
SENARAI
RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Aziz. (2006). Falsafah Pembangunan. Sintok : Universiti
Utara Malaysia. Biografi Tunku.
(2011). Diakses pada 20 Oktober 2011, daripada http://www.arkib.gov.my/mpkm
Dato‟ Abdullah Ahmad. (1985). Tengku Abdul Rahman and Malaysian’s foreign policy,1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing.
Perbandingan antara Tunku Abdul
Razak . (2011). Diakses pada 20
Oktober 2011, daripada http://www.scribd.com/doc/11379554/SPW-209-POLITIK-PERBANDINGAN-Tentang-Tunku-Abdul-Razak
Ramlah Adam (2004). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman
Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Syariff Ahmad (1991). Tunku Abdul Rahman: memoir
patriotik . Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman. (2010). Diakses pada 20 Oktober 2011, daripada http://www.scribd.com/doc/13416649/
Tunku Abdul Rahman dan Perpustakaan Negara Malaysia (2003). Bibliografi Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia
Tunku Abdul Rahman (2007). 13 Mei Sebelum dan Selepas Tunku
Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Tunku Abdul Rahman. (2011). Diakses pada 20 Oktober 2011, daripada http://newpaces.com/forum/topic/724
Comments
Post a Comment